Mari Menunaikan Solat

Hadith Muslim

Campaign

Thursday, January 1, 2009

Berita seterusnya - Pelajar Islam Nilam Puri bantah kekejaman Israel

بسم الله الرحمن الرحيم

KOTA BHARU: Kira-kira 1,000 pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) dan Pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran KIAS hari ini bagi membantah kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.

Presiden KIAS, Syed Ridhuan Syed Kamar Kamaruddin, berkata perhimpunan setengah jam itu bagi menyatakan perasaan marah terhadap tindakan Israel membunuh ratusan rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Beliau berkata tindakan itu juga sebagai melahirkan rasa bimbang yang berpanjangan masyarakat Islam dunia terhadap Israel yang terus menerus membunuh masyarakat Islam yang tidak berdosa.

“Kami pelajar Islam membantah keras tindakan yang dilakukan zionis Yahudi yang zalim dan kejam itu,” katanya.

Kebanyakan pelajar lelaki dan perempuan memakai lilitan kepala berwarna hijau yang tertera perkataan Allahu Akhbar sambil melaungkan “Hidup-hidup, Hidup Islam”, “Hancur-hancur, Hancur Israel”.

Mereka juga meminta seluruh masyarakat Islam di negara ini memulau pembelian barangan buatan Israel.

Beberapa kain pemidang bertulis “Kami menyelar sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Palestin”, “Kami mahasiswa Islam membantah kekejaman Yahudi Laktnatullah haram Israel” dan “Boikot barang-barang keluaran Israel” turut direntang.

Pada perhimpunan itu, pelajar turut membakar patung Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan bendera Yahudi sebagai rasa marah terhadap kekejaman yang dilakukan rejim zionis itu.

Syed Ridhuan juga berkata demonstrasi yang julung-julung kali diadakan itu adalah bagi menyedarkan masyarakat khususnya di Kelantan mengenai betapa kejamnya Israel ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa. - Bernama

Sumber

Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

No comments: