Mari Menunaikan Solat

Hadith Muslim

Campaign

Wednesday, January 7, 2009

Berita seterusnya - 'Pasukan perubatan asing dilarang memasuki Palestin'

بسم الله الرحمن الرحيم

Mesir benar penduduk Gaza dapatkan rawatan melalui Rafah

RAFAH, Mesir: Pasukan perubatan asing yang berkumpul di sempadan Mesir-Gaza sejak beberapa hari lalu hampa kerana tidak dibenarkan pihak berkuasa Mesir untuk memasuki wilayah Palestin itu bagi menawarkan bantuan kepada beribu penduduk yang cedera akibat serangan tentera Israel.

Seorang pakar bius dari Greece, Dimitrios Mognie hanya berupaya menghabiskan masa di sebuah kafe di Rafah berbual dengan doktor lain sambil meminum teh sementara menunggu kebenaran memasuki Gaza.

"Penungguan ini sangat membosankan," kata Mognie, yang membatalkan cutinya untuk membantu penduduk Gaza. Beliau memilih memasuki Gaza melalui Mesir yang mempunyai kawasan sempadan kecil dengan wilayah Palestin yang sempit itu.

"Keadaan ini tidak langsung masuk akal. Kenapa pada 2009 ada orang masih menghalang pihak yang mahu membantu orang susah," katanya.

Hospital terhad di Gaza dipenuhi mereka yang cedera akibat bedilan tentera Israel sejak 27 Disember lalu. Pegawai perubatan melaporkan lebih 580 penduduk Gaza terbunuh dan 2,500 cedera.

Mognie dan seorang rakan, kedua-duanya daripada pertubuhan Doctors for Peace dari Greece tiba di Rafah empat hari lalu membawa kelengkapan perubatan untuk dibawa masuk ke Gaza.

Beliau yang pernah menabur bakti di kawasan konflik di Iraq, Angola dan Somalia, berkata beliau memahami kebimbangan pihak berkuasa Mesir terhadap keselamatan mereka yang memasuki wilayah Palestin itu tetapi beliau berkata orang sepertinya sanggup menanggung risiko berkenaan.

Mesir bersama Israel mula menutup pintu masuk ke Gaza itu sejak Hamas menguasai wilayah berkenaan pada Jun 2007.

Sejak Israel mula mengganas, Mesir membenarkan beberapa penduduk Gaza yang cedera parah memasuki kawasannya untuk mendapatkan rawatan perubatan melalui pintu masuk Rafah.

Seorang lagi doktor, Datuk Jemilah Mahmood dari Mercy Malaysia berkata, kumpulannya menjalin kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Mesir untuk membawa peralatan dan bekalan perubatan bernilai AS$100,000 (RM350,000) masuk ke Gaza.

Beliau berkata, walaupun pihak berkuasa Mesir membenarkan peralatan dan bekalan perubatan itu dibawa masuk ke Gaza, ia menghalang beliau dan rakannya memasuki wilayah Palestin itu.

"Bolehkah awak bayangkan berapa ramai wanita cedera di Gaza dan berapa ramai doktor wanita yang ada di sana sekarang," katanya. – AP

Sumber


Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

No comments: