Mari Menunaikan Solat

Hadith Muslim

Campaign

Saturday, January 17, 2009

Berita - 20 Muharam 1430. 'Tentera Israel bedil hospital'

بسم الله الرحمن الرحيم

DUA remaja perempuan Palestin menjadi mangsa selepas tentera Israel mengebom kem pelarian Jabalia, semalam.

BAITULMAQDIS: Kemudahan perubatan hampir lumpuh di Semenanjung Gaza akibat kempen keganasan Israel di wilayah itu yang masuk hari ke-21, selepas sebuah hospital di Bandaraya Gaza rosak teruk selepas dibedil tentera Zionis, kelmarin.

Sebanyak 16 pusat perubatan termasuk hospital dan klinik jagaan rapi rosak akibat bedilan dan pertempuran sejak tentera rejim Zionis melancarkan operasi memburu pejuang Hamas pada 27 Disember lalu, kata Tony Laurance yang mengetuai pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di sini semalam.

Katanya, 13 pekerja perubatan maut dan 22 lagi cedera sejak konflik meletus, manakala 16 ambulans musnah.

"Bilik rawatan kecemasan, wad jagaan rapi beroperasi pada tahap maksimum. Dari segi katil, hampir semuanya penuh," katanya.

Hospital Al Quds setinggi lima tingkat yang dikendalikan Persatuan Palang Merah Palestin menjadi sasaran terbaru serangan Israel apabila terkena tiga bedilan menyebabkan bangunan itu terbakar dan rosak teruk.

"Mereka membedil bangunan itu menyebabkan wad menempatkan pesakit terbakar. Kami cuba memindahkan pesakit dan orang lain. Anggota bomba yang tiba kemudian memadamkan api, tetapi kebakaran bermula semula dan mereka hanya dapat memadamkannya selepas tiga kali terbakar," kata seorang anggota paramedik, Ahmad Al-Haz, di luar hospital berkenaan.

Khaled Abu Zeid, seorang petugas perubatan yang dihubungi melalui telefon berkata, bedilan itu menyebabkan bahagian farmasi hospital terbakar dan 400 pesakit serta kakitangan perubatan terperangkap sebelum berjaya diselamatkan. - AP

Sumber

Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

No comments: