أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ [1]
أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ [2]
وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ [3]
تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ [4]
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ [5]
Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). Surah Al-'Ankabuut, Ayat 63
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam.
AIR MATA ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis perata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.
“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)
Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”
Nabi Muhammad SAW bersabda lagi, “Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH kasihi daripada tasbih para wali.” Oleh itu, berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang membawa bahagia untuk selamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya adalah lebih baik daripada seorang ‘abid. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.” Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama’ dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”
Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar kita kosong daripada amalan. Lupakah kita? Sabda Nabi SAW, “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.” Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun ALLAH SWT telah berfirman,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)
Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan.
Kenangilah sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menagis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menagislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata, “Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu. “Menangis Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?” Jawabnya, “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk ku kirimkan ke medan perang.” Menangislah seperti Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya memandang langit seumur hidup, lalu berkata, “Engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”
Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”
![]()
DUA remaja perempuan Palestin menjadi mangsa selepas tentera Israel mengebom kem pelarian Jabalia, semalam.
BAITULMAQDIS: Kemudahan perubatan hampir lumpuh di Semenanjung Gaza akibat kempen keganasan Israel di wilayah itu yang masuk hari ke-21, selepas sebuah hospital di Bandaraya Gaza rosak teruk selepas dibedil tentera Zionis, kelmarin.
Sebanyak 16 pusat perubatan termasuk hospital dan klinik jagaan rapi rosak akibat bedilan dan pertempuran sejak tentera rejim Zionis melancarkan operasi memburu pejuang Hamas pada 27 Disember lalu, kata Tony Laurance yang mengetuai pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), di sini semalam.
Katanya, 13 pekerja perubatan maut dan 22 lagi cedera sejak konflik meletus, manakala 16 ambulans musnah.
"Bilik rawatan kecemasan, wad jagaan rapi beroperasi pada tahap maksimum. Dari segi katil, hampir semuanya penuh," katanya.
Hospital Al Quds setinggi lima tingkat yang dikendalikan Persatuan Palang Merah Palestin menjadi sasaran terbaru serangan Israel apabila terkena tiga bedilan menyebabkan bangunan itu terbakar dan rosak teruk.
"Mereka membedil bangunan itu menyebabkan wad menempatkan pesakit terbakar. Kami cuba memindahkan pesakit dan orang lain. Anggota bomba yang tiba kemudian memadamkan api, tetapi kebakaran bermula semula dan mereka hanya dapat memadamkannya selepas tiga kali terbakar," kata seorang anggota paramedik, Ahmad Al-Haz, di luar hospital berkenaan.
Khaled Abu Zeid, seorang petugas perubatan yang dihubungi melalui telefon berkata, bedilan itu menyebabkan bahagian farmasi hospital terbakar dan 400 pesakit serta kakitangan perubatan terperangkap sebelum berjaya diselamatkan. - AP
GAZA terus dibedil semalam dengan sasaran pada hari ke-20 semalam termasuk bangunan tinggi.
DOKTOR bertungkus-lumus menyelamatkan budak tiga tahun yang cedera teruk akibat serangan Israel, sebelum disahkan meninggal beberapa minit kemudian.
Tembakan, asap hitam di kawasan penduduk
BANDARAYA GAZA: Kereta kebal Israel mara ke kawasan jauh lebih dalam di bandar Gaza awal pagi semalam dan merempuh ke beberapa kawasan penempatan di ibu negara wilayah Palestin ini.
Dentuman tembakan membelah langit bagaikan guruh kuat dan asap hitam tebal terapung di udara di kawasan kependudukan Tal al-Hawa, Zeitun dan Shujaiyeh di bandaraya Gaza, kata saksi.
Pertempuran berlaku di bandar utara Jabaliya dan tentera darat yang dibantu berpuluh-puluh kereta kebal berarak masuk sekurang-kurangnya satu kilometer ke bandar selatan Khan Yunis.
Pada awal pagi semalam, berpuluh-puluh orang awam yang ketakutan, membawa bayi, budak kecil dan anak mereka yang lain cuba mendapat perlindungan di hospital Al-Quds di Tal Al-Hawa, di barat daya bandaraya Gaza, yang berulang kali menjadi sasaran darat Israel sejak minggu lalu.
Bunyi tembakan kereta kebal, serangan udara dan senjata automatik bercampur baur dengan keadaan riuh rendah di kawasan berkenaan dalam pertempuran yang berlaku kira-kira 300 meter dari hospital.
Pejuang bersenjata Hamas berpakaian seragam biru dan hitam, seorang daripada mereka membawa bendera hijau pergerakannya, berlari di jalan raya 100 meter dari hospital, sambil melepaskan tembakan daripada raifal Kalashnikov.
Di hospital, penduduk yang cuba mendapat perlindungan duduk di setiap sudut sementara ibu kelihatan memujuk anak mereka yang menangis dan cuba membuat mereka ketawa.
"Saya membawa anak saya ke hospital kerana mereka terlalu takut di rumah, tapi di sini mereka bertambah takut," kata Hossein, 40, yang melarikan diri ke hospital bersama isteri dan lima anaknya sebaik saja kereta kebal mulai masuk selepas Subuh.
"Rumah jiran kami musnah sama sekali dalam pertempuran itu, menyebabkan kami terpaksa menyelamatkan diri," katanya. – AFP
Sumber
SEORANG wanita Palestin menutup hidung selepas letupan tentera Yahudi dekat kota Gaza, semalam.
JENAZAH dua penduduk Palestin yang maut akibat bedilan tentera Israel di Hospital al-Shifa, di Bandaraya Gaza, semalam.
BANDAR Rafah di selatan Gaza dihujani bom ketika serangan Israel masuk hari ke-18 semalam. Gambar merakam beberapa letupan di masjid dan tempat awam berikutan serangan udara tentera Zionis.
Sumber kanan PBB berkata, agensi kemanusiaan badan dunia itu sedang mengumpulkan bukti jenayah perang dan akan diserahkan kepada 'peringkat tertinggi' untuk digunakan pada masa yang sesuai.
SERANGAN bom udara dilepaskan tentera Israel ke atas wilayah utara Gaza semalam.
PENDUDUK Jordan membawa sepanduk Chavez memuji kelantangan pemimpin Venezuela.
SEORANG lelaki mengibarkan bendera putih kepada wanita yang cuba menyelamatkan anaknya ketika pasukan tentera simpanan Israel menyerang Zeitun, Gaza, semalam.
PENDUDUK Palestin meratapi kematian saudara mara di hospital Gaza, semalam.
Meshaal juga mengulangi penolakan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mahukan gencatan senjata segera dan menolak cadangan penempatan pasukan keselamatan antarabangsa di Semenanjung Gaza. – AFP