Mari Menunaikan Solat

Hadith Muslim

Campaign

Monday, January 5, 2009

Berita seterusnya - 'Keluarga Palestin lari'

بسم الله الرحمن الرحيم

Penduduk Palestin membawa seorang lelaki yang cedera ke Hospital Shifa, Gaza.
Penduduk Gaza elak jadi mangsa kekejaman askar Israel

BANDAR RAYA GAZA: Semakin ramai keluarga Palestin lari meninggalkan kediaman bagi mengelak daripada kemaraan askar Israel dengan unit infantri musuh menguasai jalan menuju ke kawasan penduduk utama ketika wilayah itu terus dihujani bedilan demi bedilan tentera Yahudi menyebabkan bangunan terbakar dan ketegangan meningkat.

Kereta dan trak yang dipenuhi kanak-kanak, wanita dan barangan peribadi mereka menuju ke kawasan selatan dari bekas kawasan penempatan Yahudi di Netzarim, kira-kira tiga kilometer dari bandar raya Gaza.

Unit infantri yang diiringi kereta kebal Israel menguasai Jalan Salaheddine di utara dan selatan bandar raya Gaza – kawasan utama wilayah berkenaan.

Kejadian letupan menggegarkan kawasan itu dengan askar Israel berbalas tembakan dengan pejuang Hamas. Askar Israel juga kelihatan menahan penduduk, kata saksi. Pertempuran hebat dilaporkan berlaku di sekitar Jabaliya dan Beit Lahiya di utara.

Warga Gaza mula lari dari kediaman sejak Israel melancarkan serangan udara lebih seminggu lalu memandangkan tiada tempat lagi untuk bersembunyi.

Kanak-kanak dan remaja Palestin meninggalkan kem pelarian Jebaliya di utara Gaza ketika tentera Israel dan pejuang Hamas bertempur, semalam.

Wahbeh Abu Jahl, isterinya dan empat anak mereka terpaksa menumpang di rumah saudara mara di Gaza sejak pangsapuri mereka musnah dalam serangan Israel itu.

"Khemah pun tidak ada bagi melindungi keluarga saya selepas rumah kami habis musnah," kata Abu Jahl, yang akhirnya berjaya menyewa sebuah apartmen lain walaupun mereka tidak dapat berpindah lagi setakat ini kerana tiada perabot.

"Tidak kira ke mana saja kami pergi di Gaza, kami tetap menghadapi bahaya maut," kata Maher Abu Kmeil, 50, yang berpindah ke tempat lebih selamat selepas rumah jirannya terkena serangan.

"Namun, ia tidak bermakna kami sudah selamat kerana Israel menyerang segala-galanya termasuk masjid dan hospital," kata Maher Al Khodari yang tinggal di sebuah bangunan lima tingkat di sebelah sebuah masjid.

Tetapi, selepas serangan Israel memusnahkan beberapa masjid dalam tempoh beberapa hari lalu, atas alasan ia digunakan sebagai tempat simpanan senjata Hamas, Al Khodari berkata, dia tidak mahu menanggung risikonya.

"Kami meninggalkan rumah, empat hari lalu," katanya. – AFP


Sumber

Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

No comments: