Mari Menunaikan Solat

Hadith Muslim

Campaign

Wednesday, January 7, 2009

Berita - 10 Muharam 1430. 'Tentera Yahudi bom sekolah'

بسم الله الرحمن الرحيم

GENEVA: Semenanjung Gaza kini mengalami krisis kemanusiaan meruncing dengan angka kematian dan kecederaan di kalangan orang awam terus meningkat akibat serangan berterusan tentera Israel sejak 11 hari lalu.

Semalam saja, bedilan bom rejim Yahudi mengenai dua sekolah yang dikendalikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), satu daripadanya penuh sesak dengan pelarian, mengakibatkan sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin terkorban.

Dua terbunuh apabila sebutir peluru meriam tersasar ke dalam sekolah di bandar selatan Khan Yunis, manakala tiga maut dalam serangan udara ke atas sekolah di kem pelarian Shati.

Anggota perubatan dan pegawai PBB di Gaza berkata, kedua-dua sekolah itu dikendalikan UNRWA, agensi PBB bagi pelarian Palestin.

Ketua operasi Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC), Pierre Kraehenbuehl, berkata penduduk awam Palestin menghadapi trauma yang ekstrim, sementara bekalan elektrik dijangka terputus pada bila-bila masa menyebabkan 500,000 penduduk Gaza sukar mendapat bekalan air bersih.

Kakitangan ICRC di Gaza pula melaporkan, malam kelmarin adalah tempoh paling ngeri sejak operasi ketenteraan rejim Zionis dilancarkan 27 Disember lalu, apabila askar Israel mula memasuki kawasan bandar utama di wilayah Palestin itu.

Setakat semalam, 580 rakyat Palestin dilaporkan terkorban, manakala lima askar Israel terbunuh.

Jurucakap UNRWA, Adnan Abu Hasna, pula berkata kira-kira 450 orang berlindung di sekolah kem pelarian Shati ketika serangan itu berlaku.

Hari ke-11 serangan tentera Israel awal pagi semalam turut menyaksikan kereta kebal Yahudi yang dilindungi helikopter tempur, membedil kedudukan Hamas di bandar selatan Khan Yunis. - AP/AFP

Sumber

Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

No comments: