Mari Menunaikan Solat

Hadith Muslim

Campaign

Thursday, December 24, 2009

Aku Tinggalkan Dia Demi Allah

بسم الله الرحمن الرحيم

Editor : everjihad

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita
Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar
"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)[Hud: 56]



usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap
Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji
adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah
untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang
baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh
mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]
Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]
Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti
Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]


Sayang,

kamu intan terpilih

jagalah kilauanmu sayang

jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba

aku mendoakanmu

sentiasa~

Karya asal : daffodil At-toriq






Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

Salam Maal Hijrah 1431

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Maal Hijrah 1431.. lma ker xmsuk sni??heh mcm busy sgt..tpi skrg tgh exam..tggal 1 paper lagi ahad nie..siyess xbca apa lagi..b'semangat paper2 awal jer..nie tggl 1lgii..dh mls ^-^ cmner 2..adoiiya. bz2 exam pun smpt lagi bt mcm2..bwa adik2 g shopping lah hjg2 thun, smtra cuti skolh n uni, 2pn adeq dh blik mlm isnin klmrn.. smpt jga g bt cermin mata baru..hehe cermin yg tukar gelap bla kna chya matahari 2..haha (bt org gelak)bkn apa sbb silau.. klmrn g bt international pasport sbb kwn kta nk bt visa thun nie jgk sbb thun dpn hrga naik..huhu..ingt nk jer bt pasport 2 thun dpn yg xsmpai smggu neh..tpi xpalah..bgi urusan semua selesai..xrisau dh.. tdi renew driving licence, bru2 nie kluar ngan adik2 ada sekatan plk dpn rmh, di tahannya keta..apa lagi cuakks gak cepat2 tnya adik "hari nie bapa hbln..sbb lesen dh nk mati ahh.. heh hjg2 thun nie byk plk bnda xsettle, kluar pn kerap..duit pn mcm air jer..huhu lps nie bdk2 tu dh blik sklh xkluar dh..sib det..kwang3.. hoho hjg thun sudaa zakat xbayoo lagi deh.. tgk lah esok lusa sblm 2010 mnjelang..

Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

Thursday, November 19, 2009

Ganjaran insan tegak kebenaran dihimpun bersama Rasulullah

بسم الله الرحمن الرحيم

SIFAT siddiq (benar) adalah inti sari kebaikan yang dimiliki sahabat paling disayangi Rasulullah SAW iaitu, Abu Bakar yang digelar as-Siddiq. Dari Abdullah bin Masud RA, dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya siddiq itu membawa pada kebaikan, dan kebaikan akan menunjukkan pada syurga. Seseorang berperi laku siddiq, hingga ia dikatakan sebagai seorang yang siddiq. Pendustaan akan membawa kepada keburukan, dan keburukan akan menghantarkan pada neraka. Seseorang berperi laku dusta, hingga ia dikatakan sebagai pendusta." – (Hadis Bukhari).

Abu Bakar as-Siddiq mempunyai keistimewaan berbanding dengan para sahabat yang lain. Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam Syu'abul Iman, dari Umar bin al-Khattab: "Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan seluruh umat maka akan lebih berat keimanan Abu Bakar."

Rasulullah SAW sendiri pernah memuji keislaman Abu Bakar, seperti dinyatakan oleh Ibnu Kathir dalam al-Bidayah wal al-Nihayah: "Tidak aku mengajak seorang masuk Islam, tanpa ada hambatan, keraguan, tanpa mengemukakan pandangan dan alasan, hanyalah Abu Bakar. Ketika aku menyampaikan ajakan dia langsung menerimanya tanpa ragu-ragu sedikitpun. Puncaknya adalah pada peristiwa Israk dan Mikraj, dan semua manusia mendustai Rasulullah SAW, namun Abu Bakar yang membenarkan kejadian itu."

Oleh kerana itu Abu Bakar mendapat gelaran as-Siddiq, pemberian Allah melalui lisan Rasulullah SAW, seperti dikatakan Ali bin Abi Talib. Ini menunjukkan bahawa siddiq adalah sifat yang mempunyai nilai tertinggi di sisi Allah SWT.

Firman Allah: "Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang Muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatan, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan ganjaran yang besar." – ( al-Ahzab : 35).

Selain mendapatkan ampunan dan ganjaran Allah, siddiqin juga mempunyai tempat tinggi di sisi Allah di akhirat. Mereka akan disatukan bersama nabi, orang syahid serta salihin. Firman Allah bermaksud: "Dan siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu nabi, siddiqin, syuhada dan salihin, mereka itulah teman sebaik-baiknya." – (Al-Imran: 69).

Orang yang siddiq memiliki beberapa ciri, antaranya adalah:

Teguh dan tegar terhadap apa yang diyakininya.

Tidak ragu untuk berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa.

Memiliki keimanan kepada Allah, Rasulullah SAW, berinfak (bersedekah), mendirikan solat, menunaikan zakat, menepati janji dan sabar.

Mempunyai komitmen yang kuat terhadap Islam.

Cara meraih sifat siddiq ialah:

Sentiasa memperbaharui keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT. Kerana asas sifat siddiq ini adalah kuatnya keyakinan kepada Allah.

Melatih diri untuk bersikap jujur, ikhlas di mana pun berada dan pada bila-bila masa saja.

Kerana kejujuran dan keikhlasan adalah karakter mendasar sifat siddiq.

Melatih diri untuk sentiasa membenarkan sesuatu yang datang dari Allah (al-Quran dan Sunnah), kerana kebenaran mutlak hanya milik Allah. Sementara ijtihad manusia masih sangat memungkinkan ada kesalahan.

Sentiasa melatih diri untuk komitmen dengan Islam dalam segala aspeknya, akidah, ibadat, akhlak dan syariah. Ciri siddiqin adalah memiliki komitmen tinggi terhadap Islam.

Selalu menghayati ayat Allah, hadis Rasulullah SAW mengenai sifat siddiq, kerana menghayati ayat dan hadis sangat membekas dalam jiwa manusia.

Sentiasa mengkaji sejarah kehidupan salafus salih, terutama sikap mereka yang menunjukkan kesiddiqannya.

Memperbanyak zikir dan amalan sunnah kerana ia akan menjadikan hati tenang dan tenteram, mudah dihiasi sifat siddiq.

Sumber

Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

Rajinnyerrr..

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam 'alaik..huhh lma xmsuk..singgah pn dh jrg...huhu rajinnyerrr.. bz ker..huhu.. Alhamdulillah lega..assgnmnt dh siap..ada yg dh hntr..ada yg this week nk hntr.. mid term pn bru jer hbis.. fighting for exam next month plk..adeyy perlu lbih semangatt!! utk semester dpn pn dh register..dh register 2 rsa takut plk..cuakks sbjek tggl xbyk dh..nk hbs dh..huhu risauuu..
Bru jap tdi my friend call ckp flight kitaorg nnti delay.. dia call tnya tuk ubh yg time blik punya dkt sni..msa nk pergi xpula..cuma ktaorg kna b'kmpg kt sna sbb flight delay ke pagi plk..huhu.. Ya Allah Kau permudahkanlah urusan kami..semoga perjalanan kami lancar segalanya..Ameen Ya Rabbal 'alamin.. tgk web tdi mmg ada penerbangan diberhentikan sementara..cuaca skrg kn xmenentu..harap2 jgnlah berlanjutan.

dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan. Surah A-li 'Imraan, Ayat 109

Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

Wednesday, October 28, 2009

Merenunglah dan Bersyukurlah


بسم الله الرحمن الرحيم
Sumber : Buku La Tahzan
Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada anda. Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki, kesihatan badan, keamanan negara, hutan belantara, udara dan air, serta masih banyak lagi lainnya adalah nikmat yang telah diberikan Allah kepada anda.
Sekiranya kalian menghitung-hitung nikmat Allah, nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya. (Ibrahim:34)
Demikian besar nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada anda. Dunia ini, beserta apa yang ada di dalamnya telah diciptakan Allah untuk anda, tetapi anda tidak pernah menyedarinya;anda menguasai kehidupan, tetapi tidak pernah mengetahuinya.
Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian, baik zahir mahupun yang batin. (Luqman:20)
Anda telah diberi sepasang mata, satu lidah, dua bibir, dua tangan dan dua kaki.
Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak anda dustakan?(Ar-Rahman:13)
Apakah anda mengira bahawa, berjalan dengan kedua kaki itu merupakan sesuatu yang biasa, padahal masih banyak manusia lain yang tiada mempunyai kaki? Apakah anda mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yang mudah, padahal masih banyak manusia lain yang kehilangan kedua betisnya? Apakah anda merasai nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata, sementara masih banyak manusia lain yang tidak dapat tidur kerana sakit yang menanggungnya?
Pernahkan anda merasa nista ketika anda dapat menjamu makanan yang lazat dan minuman yang sejuk, sementara masih banyak orang lain yang tidak dapat makan dan minum hanyak kerana penyakit yang mereka deritai? Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran, di mana Allah menjauhkan anda dari ketulian;penglihatan anda akan terhindar dari kebutaan; dan ingatlah kulit anda yang cantik yang terhindar dari penyakit gatal dan kudis.

Perhatikanlah juga fungsi Otak Anda! Apakah anda ingin menggantikan mata anda dengan emas sebesar gunung Uhud? Inginkah anda menjual pendengaran anda seharga perak satu bukit? Apakah anda mahu membeli istana-istanah yang menjulang tinggi dengan lidah anda, namun anda bisu? Apakah anda mahu menukar kedua tangan anda dengan butiran-butiran permata dan berian, tetapi tangan anda kudung?

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur dengan nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.
Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagiaan, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!
Pada diri kalian juga terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah.Apakah kalian tidak memperhatikannya? (Adz-Dzariyat:21)
Lihatlah diri anda, keluarga, tempat tinggal, pekerjaan, kesihatan, sahabat, dan dunia sekeliling anda.

Dan janganlah termasuk didalam golongan: Mereka mengetahui bahawa semua nikmat yang ada berasal dari Allah, tetapi mereka mengingkarinya.(An-Nahl:83)


Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

Sunday, October 25, 2009

Header baru..Allahu Akbar!

بسم الله الرحمن الرحيم

Subhanallah Alhamdulillah tenang bla tgk picture nie, bla dah set as background kt desktop nie, Subhanallah dgn screen yg besar nie..b'apa belas inci eh..tdk t'gmbr ketenangan yg dilimpahkn olehNya..(desktop samsung touch screen). Lps tu terasa pla nk tukar header kt blog utk tatapan kwn2 maya.. sungguh blog nie kwn2 real xtahupn.. b'kenalan dgn kwn2 maya..n mnta izin nk link dgn blog2 mereka.. trimas byk2.. korang d best n 'lucky 2 meet them' here.. n also blue is my favorite colour..

n jmpa lagi this pictre..


p/s: berusaha dgn lebih gigih untuk menyiapkn assgnmnt~

Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

Monday, October 12, 2009

Selamat Hari Raya Fitrah

بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat Hari Raya Fitrah..rsanya blm t'lmbt lgi kan.. Alhamdulillah selesai jgk puasa 6 Syawal, dh nk hbs pn Syawal rini dh 23hari..jap jer ntah lah tpi rsa tahun nie b'lalu bgitu pnts. Sungguh! ermm lma gak xb'update blog nie..mcmn la nk kwal nafsu mls nie ha?adeii parah! dlm smua hal plk 2.. ada cara tak?huhu..NASIHAT SIKIT!! Dh msuk sem baru plk..assgnmnt pun dh menanti.. bhan 2 dh jmpa tpi nk kna tnya tutorlah plk okay ke x..dh 2 nk mmbuatnya yg bt kpla b'pinar?ader ke ptut skali bka buku autmtik mata layu??hbes 2 bla nk mmbcanya...ader sapa2 ker nk bgi MOTIVASI skit kt saya nehh?tulunn

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. Surah Al-Anfaal, Ayat 53

Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com