Mari Menunaikan Solat

Hadith Muslim

Campaign

Saturday, January 10, 2009

Berita seterusnya - 'Kanak-kanak Gaza cemas'

بسم الله الرحمن الرحيم

SEORANG Palestin di Chile mengambil bahagian dalam bantahan kekejaman Israel membunuh warga Gaza di bandar Valparaiso, kira-kira 120 kilometer di barat laut Santiago, kelmarin.


Jadi mangsa serangan rejim Zionis, alami masalah psikologi

NEW YORK: Kanak-kanak adalah mangsa korban besar dalam serangan Israel di Gaza iaitu kira-kira satu daripada setiap tiga orang yang terbunuh manakala yang masih hidup mengalami masalah psikologi.

Sehingga kelmarin, 257 kanak-kanak adalah antara 758 yang dilaporkan maut. Kira-kira 1,080 kanak-kanak pula tercedera daripada 3,100, menurut statistik Kementerian Kesihatan Gaza yang disifatkan oleh pegawai kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Johb Holmes sebagai mengharukan.

Pegawai PBB berkata, kira-kira separuh daripada mangsa yang cedera adalah orang awam.

Holmes dan John Ging, ketua operasi bagi Agensi Penyelamat PBB di Gaza, melahirkan kemarahan dan kekecewaan mereka kerana terpaksa menangguhkan buat sementara penyampaian bantuan ke Semenanjung Gaza memandangkan keadaan menjadi agak merbahaya bagi pekerja mereka.

Perkara paling sukar dihadapi kanak-kanak ialah tiada tempat yang selamat dan orang dewasa tidak dapat melindungi mereka, kata pakar psikologi, Iyad Sarraj, semalam.


SEORANG kanak-kanak Muslim Sri Lanka memegang sepanduk di Colombo, menggesa masyarakat antarabangsa menghalang Israel membunuh sesuka hati di Gaza.

Beliau yang tinggal di sebuah pangsapuri di Bandaraya Gaza bersama empat anak tirinya berkata, anaknya yang berusia 10 tahun, Adam ketakutan ketika serangan udara Israel dilancarkan hingga menyebabkannya diserang lelah, kata Iyad.

Ann Veneman, pengarah eksekutif agensi kanak-kanak PBB, Unicef, memberi amaran bahawa pergantungan bantuan itu akan memberi kesan lebih buruk ke atas kanak-kanak.

"Ia akan menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk dan meletakkan mereka pada tahap risiko lebih tinggi seperti maut atau cedera parah." Pengedaran makanan, air, minyak dan ubat tidak sepatutnya dihalang", katanya. - Agensi


PELAKON Venezuela berpakaian seperti Adolf Hitler (kanan), Presiden George W Bush (tengah) dan seorang pelacur mewakili PBB membuat persembahan ketika satu demonstrasi


Sumber

Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

No comments: