Bantahan terhadap Israel di Lubnan
Umat Islam seluruh dunia kutuk Israel
BEIRUT: Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah mahukan rakyat Palestin bangun menentang Israel berikutan serangan udara negara Yahudi itu terhadap Gaza sepanjang tiga hari lalu.
“Saya menyokong gesaan pemimpin Palestin lain yang mahukan intifada ketiga,” kata Nasrallah dalam ucapannya yang disiarkan menerusi skrin televisyen gergasi kepada puluhan ribu penyokongnya yang berhimpun di kubu kuat pergerakan itu di selatan Beirut semalam.
Nasrallah bersetuju dengan pendirian Khaled Meshaal, pemimpin pergerakan Hamas dalam buangan, yang menggesa supaya diadakan intifada baru seperti yang diadakan pada 1987 dan 2000.
Pemimpin Hizbullah itu adalah musuh utama Israel sejak kumpulan Syiahnya menentang negara Yahudi itu pada 2006. Sejak itu beliau jarang muncul di tempat terbuka kerana bimbang dibunuh. - AFP
Puluhan ribu penyokong Hizbullah berhimpun pada tunjuk perasaan itu yang disifatkan oleh Nasrallah sebagai “hari kesedihan dan perpaduan”. - AFP

Di Teheran.
Di Kaherah.




No comments:
Post a Comment