Mari Menunaikan Solat

Hadith Muslim

Campaign

Monday, December 29, 2008

Berita - 1 Muharam 1430. '280 korban Israel'

بسم الله الرحمن الرحيم

ASAP tebal menyelubungi udara Gaza selepas dibedil jet pejuang tentera Israel dalam serangan, semalam.

Hamas serang balas lancar 150 roket, mortar

GAZA: Israel bersiap untuk menghantar tentera darat ke Gaza selepas melancarkan siri serangan jet pejuangnya terhadap sasaran Hamas menyebabkan 280 terbunuh dan 780 lagi cedera dalam tempoh 24 jam, antara korban terbesar rakyat Palestin oleh rejim Zionis, sejak 60 tahun lalu.

Pesawat tempur negara Yahudi itu menyerang 250 sasaran di Gaza dalam serangan besar-besaran terhadap wilayah pentadbiran Hamas itu sejak kelmarin.

Ibu pejabat keselamatan Hamas, sebuah masjid, stesen televisyen, trak bekalan minyak dan gudang farmasi adalah antara yang diserang menyebabkan ketua biro politik Hamas di Damsyik, Khaled Meshaal, menggesa pejuang Palestin melancarkan intifada baru.

Israel yang mendapat sokongan sekutu terdekatnya, Amerika Syarikat, menamakan kempen terbaru ketenteraannya di Gaza sebagai 'Operation Cast Lead', memulakan serangan menerusi 60 jet pejuang ke atas 50 sasaran dalam masa beberapa minit.

Hamas pula bertindak balas dengan melancarkan lebih 150 roket dan mortar ke selatan negara Yahudi itu menyebabkan seorang maut dan beberapa lagi cedera.

Kempen pengeboman Israel dilancarkan selepas tamatnya gencatan senjata enam bulan antara negara itu dan Hamas, lapan hari lalu. Ia juga berlaku dua bulan sebelum pilihan raya Israel.

Kekejaman rejim Zionis terhadap 1.5 juta penduduk Gaza menyebabkan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan menggesa Israel menamatkan tindakan ketenteraannya.

Di KUALA LUMPUR, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakan sewajarnya berhubung ketegangan di Gaza berikutan serangan udara oleh Israel itu.

Perdana Menteri berkata, Malaysia amat kesal dengan penggunaan kuasa tentera yang tidak seimbang terhadap penduduk Gaza.

Sambil melahirkan keprihatinan Malaysia, beliau berkata, serangan yang keterlaluan oleh Israel itu menyebabkan banyak kematian dan kecederaan terhadap ratusan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak tidak berdosa di Gaza.

"Keganasan seperti itu perlu dihentikan segera. Masyarakat antarabangsa perlu membantu bagi mengembalikan keamanan di Gaza dan ia hanya boleh dilakukan melalui usaha damai," katanya dalam kenyataan petang semalam.

Bakal Presiden Amerika, Barack Obama, yang akan memulakan tugas pada 20 Januari depan, sekadar memberitahu, beliau 'mengikuti rapat' serangan Israel itu, kata jurucakap keselamatannya, Brooke Anderson.

Bagaimanapun, pentadbiran Presiden George W Bush, menyalahkan Hamas atas serangan Israel dengan menyifatkan pejuang pergerakan itu sebagai 'samseng.'

"Mereka (Hamas) adalah samseng dan Israel akan mempertahankan penduduknya daripada pengganas seperti Hamas. Jika Hamas berhenti melancarkan roket, Israel tidak perlu menyerang Gaza.

"Apa yang perlu kita lihat ialah Hamas berhenti melancarkan roket ke Israel," kata jurucakap pentadbiran Presiden George W Bush, Gordon Johndroe.

Sementara itu, keadaan dilaporkan lengang di tengah Bandar Raya Gaza ketika ketegangan berlarutan atas kebimbangan penduduk menghadapi serangan udara Israel. Sekolah ditutup selama tiga hari selepas kerajaan Gaza mengisytiharkan tempoh berkabung mangsa serangan Yahudi itu.

Anggota polis Hamas pula memakai jaket supaya pakaian seragam mereka tidak kelihatan bagi mengelak dikesan juruterbang Zionis. Ini berikutan serangan jet Israel memusnahkan bangunan keselamatan utama Hamas menempatkan blok penjara, menyebabkan empat maut dan 25 lagi cedera. - AFP/AP

Sumber

Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

No comments: