بسم الله الرحمن الرحيم

WARGA Malaysia memprotes kekejaman Israel di depan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, semalam.

WARGA Malaysia memprotes kekejaman Israel di depan kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, semalam.
Kerajaan Arab digesa bertindak terhadap Israel
BEIRUT: Kumpulan Hizbullah yang dilihat sebagai pasukan tentera paling berkesan dalam dunia Arab ketika menentang Israel mengambil sikap 'tunggu dan lihat' terhadap tindakan rejim Zionis yang berterusan menyerang sekutunya, Hamas, di Semenanjung Gaza.
Hizbullah memiliki himpunan roket dan peluru berpandu yang pernah digunakan untuk menyerang Israel ketika perang berpanjangan antara mereka pada 2006. Bagaimanapun kini kumpulan militan berkenaan berhadapan dengan masalah domestik untuk meneruskan serangan terhadap Israel.
Serangan balas besar-besaran Israel mengancam kemungkinan serangan roket yang mampu menjejaskan kuasa politik Hizbullah yang diperoleh di Lubnan sejak 2006, jika ia dilihat Lubnan membawa negara itu ke satu lagi perang yang menghancurkan.
Sehingga kini, Hizbullah sebaliknya memainkan peranan propaganda dengan menggesa bantahan di Lubnan dan seluruh Asia Barat untuk menekan kerajaan Arab bertindak terhadap Israel.
Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah menarik berpuluh-puluh ribu kibaran bendera Palestin, Hizbullah dan Lubnan ketika berucap di kubu kuatnya di Beirut, kelmarin.
HASSAN Nasrallah berucap dalam perhimpunan pergerakannya mengutuk serangan Israel di Gaza, kelmarin.
Dalam ucapan keduanya dalam masa dua hari, beliau percaya, serangan Israel akan gagal di Gaza. Ahad lalu, beliau menggesa Mesir untuk menggesa kerajaan negara itu membuka lintasan sempadan dengan Gaza dan membantu menamatkan serangan terhadap wilayah Palestin.
Nasrallah meletakkan tenteranya dalam keadaan berjaga-jaga di selatan Lubnan terhadap kemungkinan serangan Israel dengan mengatakan bahawa beliau bersedia untuk menentang sekiranya diasak dan berikrar untuk tidak mengabaikan Hamas, kumpulan Islam Sunnah yang turut disokong Iran dan Syria.
Beliau, bagaimanapun, tidak mengancam untuk menyerang utara Israel dalam usaha untuk membebaskan Gaza, tindakan yang pastinya akan mengasak satu lagi perang dengan Israel.
Nasrallah sebelum ini menggesa supaya intifada ketiga Palestin dilancarkan bagi melawan kekejaman Zionis. – AP
Sumber




No comments:
Post a Comment