Mari Menunaikan Solat

Hadith Muslim

Campaign

Sunday, July 5, 2009

H1N1 tambah 35 lagi kes baru

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR 4 Julai - Sebanyak 35 lagi kes jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1) dikesan di negara ini hari ini menjadikan jumlah terbaru meningkat kepada 326 kes berbanding 291 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, daripada 35 kes itu, 11 kes melibatkan jangkitan tempatan manakala 24 lagi kes import.

"Daripada jumlah itu juga, 28 adalah warga Malaysia dan tujuh warga asing iaitu Indonesia (3), Australia (3) dan Singapura (1) telah dijangkiti H1N1," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, daripada 24 kes import, mereka yang dijangkiti telah memberikan rekod sejarah negara yang pernah dilawati turut terjejas akibat wabak H1N1 iaitu Jakarta (12), Melbourne (3), Manila (1), Bangkok (5), Singapura (2) dan London (1).

"11 kes jangkitan tempatan pula melibatkan warga tempatan termasuk lima di kalangan peserta Persidangan Farmaseutikal Asia Pasifik (APPC) yang diadakan di Pulau Pinang pada 27-30 Jun," katanya.

Katanya, kes tempatan lain membabitkan dua individu yang berinteraksi dengan pesakit kes import ke-143 dan satu kes melibatkan interaksi anak kepada pesakit kes ke-154.

Sementara satu kes tempatan melibatkan interaksi dengan kes import ke-183 dan satu lagi kes pula interaksi seorang pelajar dari Sekolah Menengah Tsun Jin, Jalan Loke Yew, Cheras dengan pesakit kes ke-196 manakala satu kes melibatkan interaksi anak kepada kes ke-242.

Ismail berkata, daripada 326 jumlah kes yang dikesan, 239 atau 73 peratus telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

"Baki pesakit yang sedang dirawat di hospital kini berjumlah 87 orang," katanya.

Sebanyak 1,016 individu sedang menjalani kuarantin di rumah namun tiada antara mereka didapati mempunyai simptom jangkitan dan tiada sekolah yang ditutup kerana jangkitan H1N1 pada hari ini, katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata, jumlah terkumpul kes H1N1 yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga hari ini meningkat kepada 90,218 kes dengan 383 kematian daripada 126 negara, iaitu pertambahan 9,189 kes dan 43 kematian.

Katanya, lima negara baru yang melaporkan kes yang disahkan adalah Bosnia Herzegovina (1), Cook Islands (1), Belanda, Aruba (5), Palau (1) dan Uganda (1).

Lima negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi adalah Amerika Syarikat (6,185), Mexico (1,234), United Kingdom (1,089), Singapura (91) dan New Zealand (87).

Sumber

p/s: ketidak ketahuan..bca paper sjalah.. mahu menelefon shbt yg bru blik dri Umrah..
Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

No comments: