Mari Menunaikan Solat

Hadith Muslim

Campaign

Monday, October 12, 2009

Selamat Hari Raya Fitrah

بسم الله الرحمن الرحيم

Selamat Hari Raya Fitrah..rsanya blm t'lmbt lgi kan.. Alhamdulillah selesai jgk puasa 6 Syawal, dh nk hbs pn Syawal rini dh 23hari..jap jer ntah lah tpi rsa tahun nie b'lalu bgitu pnts. Sungguh! ermm lma gak xb'update blog nie..mcmn la nk kwal nafsu mls nie ha?adeii parah! dlm smua hal plk 2.. ada cara tak?huhu..NASIHAT SIKIT!! Dh msuk sem baru plk..assgnmnt pun dh menanti.. bhan 2 dh jmpa tpi nk kna tnya tutorlah plk okay ke x..dh 2 nk mmbuatnya yg bt kpla b'pinar?ader ke ptut skali bka buku autmtik mata layu??hbes 2 bla nk mmbcanya...ader sapa2 ker nk bgi MOTIVASI skit kt saya nehh?tulunn

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. Surah Al-Anfaal, Ayat 53

Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

Monday, September 7, 2009

Menghayati makna, hikmah peristiwa Nuzul al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

RAMAI pengkaji berselisih pendapat tarikh sebenar turunnya kitab suci al-Quran, namun mereka bersepakat mencatat peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Perkataan 'nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jenayah, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.

Firman Allah SWT: "Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)." (Al-An'am:38)

Nuzul al-Quran suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai 'kitab induk' panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Bukan setakat membaca, bahkan kita harus berusaha menyelidiki rahsia ilmu pengetahuan di dalamnya.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah Nabi SAW, ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq. maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'Alaq:1-5)

Nabi SAW banyak membaca al-Quran dalam bulan Ramadan. Maknanya Nabi juga belajar secara berguru iaitu dengan Jibril dan umatnya juga dituntut belajar dengan berguru. Nabi Muhammad juga mengulang-ulangi bacaan al-Quran begitu juga dengan para sahabat. Nabi bersabda maksudnya: "Semulia-mulia umatku ialah orang yang menghafaz al-Quran."

Antara faedah membaca al-Quran adalah;
Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk;
Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT;
Memperoleh pahala yang banyak;
Membahagiakan rakan seperjuangan;
Menghapus kesalahan dan dosa;
Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri;
Melapangkan hati dan fikiran, menjernihkan sanubari;
Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT;
Memelihara umur manusia;
Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikan dalam hidup yang sementara;
Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan-Nya.

Sumber

Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

Sunday, August 30, 2009

Ramadan Kareem~

بسم الله الرحمن الرحيم


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. Surah Al- Baqarah, Ayat 185

Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

Monday, August 24, 2009

Fw: Assalamualaikum..( E-mel dri shbt)

بسم الله الرحمن الرحيم
ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmanimenanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

(picture yg difwd tidak kelihatan..so xdpt diattach..maaf)

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....
andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEGALA KESILAPAN DAN KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN...DI MOHON KEAMPUNAN


'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'
Semoga kita dapat mendapat keredhaan dan rahmat dariNya.
Sekian.

E-mel disend on Sunday, August 23, 2009 9:43:23
Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

Thursday, August 13, 2009

Ketua kumpulan Rabbani, Asri meninggal dunia


بسم الله الرحمن الرحيم

Allahyarham Asri (tengah) bersama kumpulan Rabbani.

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.


Sumber

Innalillahiwainna ilaihirajiun..

Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.”

Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745


Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

Tuesday, August 11, 2009

Bila Kesunyian Datang

بسم الله الرحمن الرحيم
Editor : naadherah

Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari.

Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.

Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.

Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna.

Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.

DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam.
DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.

Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.

Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa.

Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?

Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.

Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.

Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.

Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”



Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com

Got it email dis morning~lalala

بسم الله الرحمن الرحيم

hari tu konon2 nk tggu zero fares, hihi tpi xjdi sbb hrga skrg pn dh murah..krang tggu2 lgi dh abis offer 2..padann..so dh book ticket flight AK 5253, xleh nk amik return sbb takut time nk blik dri sana nun tkut flight D7 2613 delay or take time ambik luggage, so decide amik 2 ticket...adeii x ker penin 2?bkn apa 1 ticket tu blik dkt dgn rmh, tpi time nk dkt2 msa smpai dri sana nun tkut xsmpat, so ticket 1 lagi flight AK 5374 trun kt negeri sebelah, yg nie xrush sgt..tpi fmly lah plk nk amik jauh sikit..huhu. Skrg nie relax2 jer..bru hbs exam last paper jumaat ritu..smpai raya..weee~sng hti sgguh..kalu x, time puasa sibuk jer nk abiskn assgnmnt..xoxo..



Beach custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more - ImageChef.com